About Me

My photo
“All God does is watch us and kill us when we get boring. We must never, ever be boring.”- Chuck Palahniuk. I don't like judge mental people, racist, people that put labels on other people and painstakingly arrogant cock heads. A music lover. I like the idea of talking. Making conversations. It's the one thing that helps me keep track that I'm still surrounded by people. & when i laugh, you could actually hear me from a far. so, there's no chance mistaking me for someone else. Mostly importantly, you're as imperfect as I am in every way. “Everyone should be respected as an individual, but no one idolized.” - Albert Einstein.

Sunday, April 24, 2011

Entry 2: Rumah sudah berkurun lama, banyak benda yang aku teringat.


Jikalau orang itu kuat senyum, adakah kau akan menganggap orang itu bahagia? 
Bagitahu aku, aku teringin sangat mahu tahu. 

   Sejak aku pindah ke rumah yang baru aku ni, yang barbau cat dan simen, aku selalu tersenyum seorang diri, teruja sebab baru berpindah. Itu pula pada masa 1996. Aku kerap teringat kembali waktu rumah aku masih baru pabila aku merenung pada alga di dinding rumah aku yang berkurun usianya. Dulu, rumah aku tak ada elektrik, panas, air paip pula berwarna seperti Teh-O ais yang kau selalu minum tu. TIbanya malam, bertilamkan toto. Alangkah simple suasana. Kerusi di ruang tamu berupakan kerusi Jepun. Oriental lah sangat kan?

   Ada satu masa dulu, kami sekeluarga terkunci di dalam bangunan. Para penjaga meletakkan papan yang besar, cukup untuk menutup ruang masuk pangsapuri aku. Tapi, ada sebahagian ruang yang tidak dihuni papan tu. Paling kelakar, bapa aku mengangkat aku sampai ke ruang di atas tu, lalu aku mengeluarkan kepala aku (maklumlah, dulu aku kecil macam semut.). Bertuah pulak aku, ada seorang guard ni lalu. Dia terkejut tengok kepala aku yang sedang bersidai dekat ruang antara papan dan dinding tu. Terkesima dia, nasib tidak terduduk. Aku keluarkan tangan aku dan bersuara "bukak. help. bukak. we're stuck." Jari jemari aku  meraba raba papan besar aku sedang sandar tu. "Apalaaaa... turun.", dan akhirnya dia bukak.
   Pernah sekali, aku dengan bapa aku pergi bersiar-siar naik basikal, boleh pulak kaku aku tersangkut pada roda basikal tu. Ya, roda basikal yang banyak pusaran lidi tu (aku tak tahu nak panggil apa, aku main petik je pakai word lidi tu. Lame, I know, dont judge me!). Tak terkoyak pula kulit aku. Pedih sungguh masa bapa aku simbah alkohol pada dekat kaki aku. Meraung tak terhenti aku.


  Kalau kau nak tahu, dulu gigi aku rosak & buruk. Gigi depan aku reput, warna hitam. Itu yang aku kurang senyum bila aku bergambar. Aku cuma ratakan bibir aku dan buat aksi mahu senyum. Pandai cover bukan? Teringat pula waktu aku belum bersekolah, aku selalu ikut ibu bapa aku main tennis. Aku pun gatal tangan, tak boleh duduk diam, mahu jugak tiru aksi mak bapa aku main. Me Vs. Kakak aku lah ceritanya. Dan kalau kakak aku tidak ada, aku akan berguling-guling seorang diri di bukit kecil tepi gelanggang tenis. Lepas itu, kena marah. Ternyata aku nakal.

   Aku ni keras hati sikit pabila disoal sayang dengan kakak aku, atau family aku. Tapi memang terbukti aku sayang kakak aku dan keluarga aku. Kenapa? Dulu, masa ibu bapa aku sedang bermain tenis, kakak aku pergi duduk tepi gelanggang tenis tu. Entah dari mana datangnya bola tenis itu, terkena pulak kepala kakak aku. Lincah je dia menangis. Aku pula tersipu-sipu ke sisi dia. Aku nampak  bola tenis tu jatuh ke tanah, aku terus marah ibu bapa aku sabab salah lontar bola (padahal memang terang-terang salah kakak aku). Aku peluk kakak aku, dan tak lama laggi, aku pun serta mengangis. Risau dengan kakak.
  Lagi satu flashback membawa aku pada satu malam yang makin larut. Mak aku mengajak aku dengan kakak aku pergi pasar malam. Bapa aku pula tidak kelihatan, sebabnya dia pergi ke tapak kajian dia untuk mngambil data untuk thesis dia, jadi tiada siapa untuk ke pasar malam sabtu itu. Sedang berjalan balik rumah, aku dengan kakak aku merungut sepanjang masa. Tiba pula masa untuk melintas jalan, aku yang menunjuk pandai pergi lintas jalan tanpa berpaling kiri dan kanan, aku tersandul dan terduduk di tengah-tengah jalan. Memang aku cari nahas sendiri masa itu, ada pula kereta yang sedang laju meluru ke arah aku. Mak aku menjerit dan berlari ke arah aku. Kakak aku turut serta merpa ke arah aku. Mujurlah kereta itu sempat berhenti betul-betul di depan muka aku. Pada masa itu, aku dengar bunyi hoon kereta dan jeritan kakak & mak aku. Aku ingat aku akan mati, tapi tidak. Dengan pantasnya, mak aku mengangkat aku ke seberang jalan. Aku meneliti muka mak dan kakak aku. Sedih, bingung, marah, terkejut. Air mata membasahi pipi masing-masing. Nyaris anak tersayang meninggal. "Mama, sorry." Lalu dipeluknya aku dengan erat. Kakak aku, seperti biasa memarahi aku dan aku dicubit olehnya.

  Aku akan ingat 2 peristiwa ini sampai ke kubur. Keras macam mana pun hati aku dengan mereka, bila disoalnya sayang, ternyata aku memang sayang mereka. dan aku berterima kasih. Mama, Papa, Kakak, aku sayang kalian. Sekarang, aku hanya mampu tersenyum bila diingat kembali benda-benda seperti ini. Namun, persoalan masih tidak terjawab,

 Jikalau orang itu kuat senyum, adakah kau akan menganggap orang itu bahagia?


Wednesday, March 23, 2011

Entry 1: Aku ingat lagi zaman 90-an

Waktu dulu, zaman dulu, zaman 90-an. Itu zaman terbaik bagi aku. Sebab, walaupun kami sekeluarga tengah susah, kami tetap gembira. Boleh dilihat pada wajah kami.

Cool kan Mak aku? 
  Kami kerap berpindah randah. Boleh dikatakan, itu zaman nomad kami. Rumah pertama di Mardi UPM. Rumah tu di kawasan bukit Mardi. Banyak monyet di sana. Aku ingat lagi, aku siap tinggalkan pisang dekat depan pintu rumah lepas itu aku berlari menyorok di tepi tingkap. Mata aku melihat kalau ada monyet yang akan datang ambil pisang tu. Rumah kami di Mardi UPM dahulu ada tab mandi. Bagi aku dulu, itu pun sudah mewah. Sebab ada tab mandi. Bilik pun ada satu saja. Kalau difikirkan, rumah itu macam hostel saja. Simple, tapi bagi aku memang mewah sudah. Pada masa itu, mak aku menggunakan basikal sahaja untuk pergi balik dari kerja.


Bermain hujan macam batak
dengan kakak aku. 

  Rumah kedua pula masih di UPM. Tapi rumah ini, jauh lebih besar daripada rumah pertama kami. Aku suka sangat dekat rumah itu. Sebabnya, rumah itu deselubungi pokok rambutan. Aku ingat lagi, masa itu aku menangis sebab bapa aku tiada di sisi aku waktu aku terbangun dari tidur. Aku ini memang anak bapa dulu, jadi, maafkanlah kelakuan aku itu. Aku sambut hari lahir aku di sana dengan kawan kawan ibu dan bapa aku yang juga berasal dari Filipina. Ibu bapa aku, memang bersusah payah menjaga aku dengan kakak aku waktu itu. Maklumlah, nakal, lepas tu bergaduh kadang-kadang. Ada juga satu masa ini, waktu itu hujan lebat dan aku dengan kakak aku berada di luar rumah. Buat apa? Main hujan lah!  Mak aku memerhatikan aku dengan kakak aku bermain hujan. Bagai budak kecil tak pernah mandi, macam itulah kami berdua. Suka sangat dengan hujan. Masa itu, bapa aku sedah beli basikal juga. Jadi, jika mahu keluar bersiar-siar satu keluarga, aku akan naik basikal bapa aku. Kakak aku akan naik basikal mak aku. Manis bukan? Itu zaman indah aku. Susah macam mana pun, masih boleh senyum dengan ikhlas. Hati & jiwa gembira, biasalah.


Aku tidak pernah merasa tadika. Selama kami tinggal di rumah kedua kami, masa itulah mak aku mengajar aku ABC. Bagaimana untuk membaca, menulis, mengira, semuanya dia yang ajar. Kakak aku cakap aku kuat menangis sebab mak aku kerap marah aku pabila dia sedang mengajar. Aku langsung tidak reti menulis. Tapi macam mana pun, aku berterima kasih pada mak aku sebab mengajar aku semua itu. Kalau tidak, aku akan digelakkan di sekolah nanti.

Tanpa didikan mak aku, hubungan rapat aku dengan bapa aku, dan teman sehidup aku iaitu kakak aku, aku takkan mampu bercampur dengan anda semua. Oleh itu, terima kasih untuk segalanya. Sekeluarga susah, sekeluarga senang.

Friday, January 14, 2011

Prologue

Hello. Nama saya Mia. Aku telah hidup selama 19 tahun. Mungkin aku sihat. Mungkin aku tak sihat, sebab aku seorang perokok. Ternyata, banyak benda yang aku sudah alami. Melihat orang yang aku kenal, dulu muda kini menjadi tua. Melihat orang yang hidup, kini sudah tidak ada. Di mana air mata, akhirnya menyejat. And this is the story of my life.

Mak aku selalu bercerita tentang bagaimana aku lahir. Terutamanya bila kami sedang makan malam. Aku tak pernah nampak gambar aku masa aku masih bayi. Saat aku dilahirkan, sampai sekarang. Aku sering membetulkan kesilapan. Aku tahu, waktu aku dilahirkan, mak aku pasti gembira. Bersyukur pada Tuhan sebab aku dilahirkan dengan selamat. Mak aku kata, aku lahir pukul 9 malam, pada 9 Oktober 1991. Dan aku memang bising semasa aku dilahirkan. Tangisan aku memang kuat. Dan sebab itulah mak aku kata aku ni kuat menangis. Sebab, kalau dibandingkan dengan kakak aku, kakak aku tak menangis pun semasa dia dilahirkan. Tapi, kakak aku memang garang, dari dulu sampai sekarang.

Aku tak ingat sangat zaman kana-kanak aku. Mungkin aku ingat, tapi aku tak nak ingat. Boleh jugakla dikatakan aku ni tiada zaman kanak-kanak, ataupun, zaman kanak-kanak aku ni terhad. Tapi aku pegang pada beberapa kenangan waktu aku masih kecil dan degil.

Aku ingat lagi masa aku kecil, aku hanya ada kakak aku sahaja bila aku ingin bermain. Kawan-kawan aku dia sana, talam dua muka dan langsung tidak layak dipanggil kawan. Aku tinggal di kawasan orang Muslim, dimana aku ni pulak, seorang Kristian. Aku dan kakak aku sering dibuli. "Kawan-kawan" aku hanya mahu bermain bila aku ada makanan, barang mainan atau snek. Kawan kah itu? Aku benci mereka. Aku ingat lagi, dan kakak aku bergaduh dengan budak-budak Muslim itu. Kalau bagi aku, benda ini sudah sukar. Apatah lagi ibu bapa aku? Pasti jauh lagi berat melihat anak mereka dilayan seperti itu. Aku sering kesunyian semasa aku kecil. Aku selalu menunggu kakak aku balik dari sekolah di atas tangga rumah. Dan bila dia balik, masa itulah aku paling gembira.

Ada satu masa dahulu, aku sedang sibuk bermain, mengimbangkan diri di atas kerusi panjang. Aku lihat bapa aku balik dari rumah, mendukung seekor anak anjing. Bulunya cantik sangat. Lembut dan perang. Aku tak pernah nampak anjing, jadi aku begitu gembira. Saat itulah aku suka sangat pada haiwan. Bapa aku beri anjing itu nama, Thalia, katanya. Dan sejak itu, kalau kakak aku tidak sampai rumah lagi, aku akan bermain dengan anjing itu. Bawa dia jalan jalan dalam rumah, peluk dia sampai dia geram. Anjing itulah yang aku paling rindu. Tapi Thalia sudah meninggalkan dunia ini, beberapa tahun yang lalu. Realiti sangat kejam kadang-kadang.

Semasa aku 5 tahun, ibu bapa aku akhirnya berpindah ke Malaysia. Membawa kami semua bersama.
Tuhan memang baik. Thank you, sebab membawa kami keluar dari tempat itu. Banyak benda yang sudah berubah sejak aku berpindah ke Malaysia. Dari aku 5 tahun sampai sekarang, macam ini lah aku. Masih bernafas, masih boleh senyum.