Jikalau orang itu kuat senyum, adakah kau akan menganggap orang itu bahagia?
Bagitahu aku, aku teringin sangat mahu tahu.
Sejak aku pindah ke rumah yang baru aku ni, yang barbau cat dan simen, aku selalu tersenyum seorang diri, teruja sebab baru berpindah. Itu pula pada masa 1996. Aku kerap teringat kembali waktu rumah aku masih baru pabila aku merenung pada alga di dinding rumah aku yang berkurun usianya. Dulu, rumah aku tak ada elektrik, panas, air paip pula berwarna seperti Teh-O ais yang kau selalu minum tu. TIbanya malam, bertilamkan toto. Alangkah simple suasana. Kerusi di ruang tamu berupakan kerusi Jepun. Oriental lah sangat kan?
Ada satu masa dulu, kami sekeluarga terkunci di dalam bangunan. Para penjaga meletakkan papan yang besar, cukup untuk menutup ruang masuk pangsapuri aku. Tapi, ada sebahagian ruang yang tidak dihuni papan tu. Paling kelakar, bapa aku mengangkat aku sampai ke ruang di atas tu, lalu aku mengeluarkan kepala aku (maklumlah, dulu aku kecil macam semut.). Bertuah pulak aku, ada seorang guard ni lalu. Dia terkejut tengok kepala aku yang sedang bersidai dekat ruang antara papan dan dinding tu. Terkesima dia, nasib tidak terduduk. Aku keluarkan tangan aku dan bersuara "bukak. help. bukak. we're stuck." Jari jemari aku meraba raba papan besar aku sedang sandar tu. "Apalaaaa... turun.", dan akhirnya dia bukak.
Pernah sekali, aku dengan bapa aku pergi bersiar-siar naik basikal, boleh pulak kaku aku tersangkut pada roda basikal tu. Ya, roda basikal yang banyak pusaran lidi tu (aku tak tahu nak panggil apa, aku main petik je pakai word lidi tu. Lame, I know, dont judge me!). Tak terkoyak pula kulit aku. Pedih sungguh masa bapa aku simbah alkohol pada dekat kaki aku. Meraung tak terhenti aku.
Kalau kau nak tahu, dulu gigi aku rosak & buruk. Gigi depan aku reput, warna hitam. Itu yang aku kurang senyum bila aku bergambar. Aku cuma ratakan bibir aku dan buat aksi mahu senyum. Pandai cover bukan? Teringat pula waktu aku belum bersekolah, aku selalu ikut ibu bapa aku main tennis. Aku pun gatal tangan, tak boleh duduk diam, mahu jugak tiru aksi mak bapa aku main. Me Vs. Kakak aku lah ceritanya. Dan kalau kakak aku tidak ada, aku akan berguling-guling seorang diri di bukit kecil tepi gelanggang tenis. Lepas itu, kena marah. Ternyata aku nakal.
Aku ni keras hati sikit pabila disoal sayang dengan kakak aku, atau family aku. Tapi memang terbukti aku sayang kakak aku dan keluarga aku. Kenapa? Dulu, masa ibu bapa aku sedang bermain tenis, kakak aku pergi duduk tepi gelanggang tenis tu. Entah dari mana datangnya bola tenis itu, terkena pulak kepala kakak aku. Lincah je dia menangis. Aku pula tersipu-sipu ke sisi dia. Aku nampak bola tenis tu jatuh ke tanah, aku terus marah ibu bapa aku sabab salah lontar bola (padahal memang terang-terang salah kakak aku). Aku peluk kakak aku, dan tak lama laggi, aku pun serta mengangis. Risau dengan kakak.
Lagi satu flashback membawa aku pada satu malam yang makin larut. Mak aku mengajak aku dengan kakak aku pergi pasar malam. Bapa aku pula tidak kelihatan, sebabnya dia pergi ke tapak kajian dia untuk mngambil data untuk thesis dia, jadi tiada siapa untuk ke pasar malam sabtu itu. Sedang berjalan balik rumah, aku dengan kakak aku merungut sepanjang masa. Tiba pula masa untuk melintas jalan, aku yang menunjuk pandai pergi lintas jalan tanpa berpaling kiri dan kanan, aku tersandul dan terduduk di tengah-tengah jalan. Memang aku cari nahas sendiri masa itu, ada pula kereta yang sedang laju meluru ke arah aku. Mak aku menjerit dan berlari ke arah aku. Kakak aku turut serta merpa ke arah aku. Mujurlah kereta itu sempat berhenti betul-betul di depan muka aku. Pada masa itu, aku dengar bunyi hoon kereta dan jeritan kakak & mak aku. Aku ingat aku akan mati, tapi tidak. Dengan pantasnya, mak aku mengangkat aku ke seberang jalan. Aku meneliti muka mak dan kakak aku. Sedih, bingung, marah, terkejut. Air mata membasahi pipi masing-masing. Nyaris anak tersayang meninggal. "Mama, sorry." Lalu dipeluknya aku dengan erat. Kakak aku, seperti biasa memarahi aku dan aku dicubit olehnya.
Aku akan ingat 2 peristiwa ini sampai ke kubur. Keras macam mana pun hati aku dengan mereka, bila disoalnya sayang, ternyata aku memang sayang mereka. dan aku berterima kasih. Mama, Papa, Kakak, aku sayang kalian. Sekarang, aku hanya mampu tersenyum bila diingat kembali benda-benda seperti ini. Namun, persoalan masih tidak terjawab,
Jikalau orang itu kuat senyum, adakah kau akan menganggap orang itu bahagia?
16 comments:
First!
blogwalking :)
:) Thanks for stopping by man. haha.
jika dia tidak bahagia jelaslah dia seorang yg kuat dan tabah kerana mampu tersenyum.
byk kali gak ea pindah rumah.. btw, nice laa writing style.suka baca tiap ayat. keep it up mia! :)
Meloreyta, babe.. ahhh. yes yes. statement anda begitu kuat. akan aku guna jika perlu pada entry yang lain. :) thank you.
Satu hikayat, yeah. banyak kali jugaklah. penat juga having to start up most of the time. start balik to 0. ahh.. thanks man. :) serious, thank you.
suka baca cerita mia,okeyh penulisan yang tulus..kalau yg excident tu terjadi tak ada coretan dr mia disini..kenangan kan masa zaman kecil,walaupun nakal tapi itulah kenangan yang boleh diingat masa besar ni..:)
:) Yeah. True. hehe. Thanks man. Appreciate your time for reading the blog. Cheers!
Xsemestinya org kuat senyum 2 bahgia..
ada yg tpksa senyum utk mnutup sgala duka :)..
1st blog yg aku betul2 bace smpai abes ! menarik, keep it up! Oh, jgn lupe, my blog : http://asyrafabdulmajid.blogspot.com
1st blog yg aku betul2 bace sampai abes! keep it up oke ? jgn lupe blog aku : http://asyrafabdulmajid.blogspot.com
Yeah? Awsome dude! haha. :) sure sure. will do.
rupanya ada kawan aku boleh menulis dalam bahasa dengan baik. :)
:) Ofcourse bro. haha. Dalam diam je ni. lepak la jom! rindu la kotttt. fuck
your writing words got so great...but the colouring of your background...jadi susah nk baca sis...
Seyhhh..mmg best artikel ni mate. Terbaik la seyh.
Maintain la ea mate. Cha cha..
Thanks man. :) I do need to edit it a bit aye? It hurts my eye too. -_- hahaa.
Post a Comment