Cool kan Mak aku? |
Bermain hujan macam batak dengan kakak aku. |
Rumah kedua pula masih di UPM. Tapi rumah ini, jauh lebih besar daripada rumah pertama kami. Aku suka sangat dekat rumah itu. Sebabnya, rumah itu deselubungi pokok rambutan. Aku ingat lagi, masa itu aku menangis sebab bapa aku tiada di sisi aku waktu aku terbangun dari tidur. Aku ini memang anak bapa dulu, jadi, maafkanlah kelakuan aku itu. Aku sambut hari lahir aku di sana dengan kawan kawan ibu dan bapa aku yang juga berasal dari Filipina. Ibu bapa aku, memang bersusah payah menjaga aku dengan kakak aku waktu itu. Maklumlah, nakal, lepas tu bergaduh kadang-kadang. Ada juga satu masa ini, waktu itu hujan lebat dan aku dengan kakak aku berada di luar rumah. Buat apa? Main hujan lah! Mak aku memerhatikan aku dengan kakak aku bermain hujan. Bagai budak kecil tak pernah mandi, macam itulah kami berdua. Suka sangat dengan hujan. Masa itu, bapa aku sedah beli basikal juga. Jadi, jika mahu keluar bersiar-siar satu keluarga, aku akan naik basikal bapa aku. Kakak aku akan naik basikal mak aku. Manis bukan? Itu zaman indah aku. Susah macam mana pun, masih boleh senyum dengan ikhlas. Hati & jiwa gembira, biasalah.
Aku tidak pernah merasa tadika. Selama kami tinggal di rumah kedua kami, masa itulah mak aku mengajar aku ABC. Bagaimana untuk membaca, menulis, mengira, semuanya dia yang ajar. Kakak aku cakap aku kuat menangis sebab mak aku kerap marah aku pabila dia sedang mengajar. Aku langsung tidak reti menulis. Tapi macam mana pun, aku berterima kasih pada mak aku sebab mengajar aku semua itu. Kalau tidak, aku akan digelakkan di sekolah nanti.
Tanpa didikan mak aku, hubungan rapat aku dengan bapa aku, dan teman sehidup aku iaitu kakak aku, aku takkan mampu bercampur dengan anda semua. Oleh itu, terima kasih untuk segalanya. Sekeluarga susah, sekeluarga senang.