About Me

My photo
“All God does is watch us and kill us when we get boring. We must never, ever be boring.”- Chuck Palahniuk. I don't like judge mental people, racist, people that put labels on other people and painstakingly arrogant cock heads. A music lover. I like the idea of talking. Making conversations. It's the one thing that helps me keep track that I'm still surrounded by people. & when i laugh, you could actually hear me from a far. so, there's no chance mistaking me for someone else. Mostly importantly, you're as imperfect as I am in every way. “Everyone should be respected as an individual, but no one idolized.” - Albert Einstein.

Wednesday, March 23, 2011

Entry 1: Aku ingat lagi zaman 90-an

Waktu dulu, zaman dulu, zaman 90-an. Itu zaman terbaik bagi aku. Sebab, walaupun kami sekeluarga tengah susah, kami tetap gembira. Boleh dilihat pada wajah kami.

Cool kan Mak aku? 
  Kami kerap berpindah randah. Boleh dikatakan, itu zaman nomad kami. Rumah pertama di Mardi UPM. Rumah tu di kawasan bukit Mardi. Banyak monyet di sana. Aku ingat lagi, aku siap tinggalkan pisang dekat depan pintu rumah lepas itu aku berlari menyorok di tepi tingkap. Mata aku melihat kalau ada monyet yang akan datang ambil pisang tu. Rumah kami di Mardi UPM dahulu ada tab mandi. Bagi aku dulu, itu pun sudah mewah. Sebab ada tab mandi. Bilik pun ada satu saja. Kalau difikirkan, rumah itu macam hostel saja. Simple, tapi bagi aku memang mewah sudah. Pada masa itu, mak aku menggunakan basikal sahaja untuk pergi balik dari kerja.


Bermain hujan macam batak
dengan kakak aku. 

  Rumah kedua pula masih di UPM. Tapi rumah ini, jauh lebih besar daripada rumah pertama kami. Aku suka sangat dekat rumah itu. Sebabnya, rumah itu deselubungi pokok rambutan. Aku ingat lagi, masa itu aku menangis sebab bapa aku tiada di sisi aku waktu aku terbangun dari tidur. Aku ini memang anak bapa dulu, jadi, maafkanlah kelakuan aku itu. Aku sambut hari lahir aku di sana dengan kawan kawan ibu dan bapa aku yang juga berasal dari Filipina. Ibu bapa aku, memang bersusah payah menjaga aku dengan kakak aku waktu itu. Maklumlah, nakal, lepas tu bergaduh kadang-kadang. Ada juga satu masa ini, waktu itu hujan lebat dan aku dengan kakak aku berada di luar rumah. Buat apa? Main hujan lah!  Mak aku memerhatikan aku dengan kakak aku bermain hujan. Bagai budak kecil tak pernah mandi, macam itulah kami berdua. Suka sangat dengan hujan. Masa itu, bapa aku sedah beli basikal juga. Jadi, jika mahu keluar bersiar-siar satu keluarga, aku akan naik basikal bapa aku. Kakak aku akan naik basikal mak aku. Manis bukan? Itu zaman indah aku. Susah macam mana pun, masih boleh senyum dengan ikhlas. Hati & jiwa gembira, biasalah.


Aku tidak pernah merasa tadika. Selama kami tinggal di rumah kedua kami, masa itulah mak aku mengajar aku ABC. Bagaimana untuk membaca, menulis, mengira, semuanya dia yang ajar. Kakak aku cakap aku kuat menangis sebab mak aku kerap marah aku pabila dia sedang mengajar. Aku langsung tidak reti menulis. Tapi macam mana pun, aku berterima kasih pada mak aku sebab mengajar aku semua itu. Kalau tidak, aku akan digelakkan di sekolah nanti.

Tanpa didikan mak aku, hubungan rapat aku dengan bapa aku, dan teman sehidup aku iaitu kakak aku, aku takkan mampu bercampur dengan anda semua. Oleh itu, terima kasih untuk segalanya. Sekeluarga susah, sekeluarga senang.

Friday, January 14, 2011

Prologue

Hello. Nama saya Mia. Aku telah hidup selama 19 tahun. Mungkin aku sihat. Mungkin aku tak sihat, sebab aku seorang perokok. Ternyata, banyak benda yang aku sudah alami. Melihat orang yang aku kenal, dulu muda kini menjadi tua. Melihat orang yang hidup, kini sudah tidak ada. Di mana air mata, akhirnya menyejat. And this is the story of my life.

Mak aku selalu bercerita tentang bagaimana aku lahir. Terutamanya bila kami sedang makan malam. Aku tak pernah nampak gambar aku masa aku masih bayi. Saat aku dilahirkan, sampai sekarang. Aku sering membetulkan kesilapan. Aku tahu, waktu aku dilahirkan, mak aku pasti gembira. Bersyukur pada Tuhan sebab aku dilahirkan dengan selamat. Mak aku kata, aku lahir pukul 9 malam, pada 9 Oktober 1991. Dan aku memang bising semasa aku dilahirkan. Tangisan aku memang kuat. Dan sebab itulah mak aku kata aku ni kuat menangis. Sebab, kalau dibandingkan dengan kakak aku, kakak aku tak menangis pun semasa dia dilahirkan. Tapi, kakak aku memang garang, dari dulu sampai sekarang.

Aku tak ingat sangat zaman kana-kanak aku. Mungkin aku ingat, tapi aku tak nak ingat. Boleh jugakla dikatakan aku ni tiada zaman kanak-kanak, ataupun, zaman kanak-kanak aku ni terhad. Tapi aku pegang pada beberapa kenangan waktu aku masih kecil dan degil.

Aku ingat lagi masa aku kecil, aku hanya ada kakak aku sahaja bila aku ingin bermain. Kawan-kawan aku dia sana, talam dua muka dan langsung tidak layak dipanggil kawan. Aku tinggal di kawasan orang Muslim, dimana aku ni pulak, seorang Kristian. Aku dan kakak aku sering dibuli. "Kawan-kawan" aku hanya mahu bermain bila aku ada makanan, barang mainan atau snek. Kawan kah itu? Aku benci mereka. Aku ingat lagi, dan kakak aku bergaduh dengan budak-budak Muslim itu. Kalau bagi aku, benda ini sudah sukar. Apatah lagi ibu bapa aku? Pasti jauh lagi berat melihat anak mereka dilayan seperti itu. Aku sering kesunyian semasa aku kecil. Aku selalu menunggu kakak aku balik dari sekolah di atas tangga rumah. Dan bila dia balik, masa itulah aku paling gembira.

Ada satu masa dahulu, aku sedang sibuk bermain, mengimbangkan diri di atas kerusi panjang. Aku lihat bapa aku balik dari rumah, mendukung seekor anak anjing. Bulunya cantik sangat. Lembut dan perang. Aku tak pernah nampak anjing, jadi aku begitu gembira. Saat itulah aku suka sangat pada haiwan. Bapa aku beri anjing itu nama, Thalia, katanya. Dan sejak itu, kalau kakak aku tidak sampai rumah lagi, aku akan bermain dengan anjing itu. Bawa dia jalan jalan dalam rumah, peluk dia sampai dia geram. Anjing itulah yang aku paling rindu. Tapi Thalia sudah meninggalkan dunia ini, beberapa tahun yang lalu. Realiti sangat kejam kadang-kadang.

Semasa aku 5 tahun, ibu bapa aku akhirnya berpindah ke Malaysia. Membawa kami semua bersama.
Tuhan memang baik. Thank you, sebab membawa kami keluar dari tempat itu. Banyak benda yang sudah berubah sejak aku berpindah ke Malaysia. Dari aku 5 tahun sampai sekarang, macam ini lah aku. Masih bernafas, masih boleh senyum.